AMALAN yang menghidupkan
Ramadan ialah memperbanyakkan sedekah kerana sikap bermurah hati pada Ramadan
adalah dituntut. Ibn Abbas melaporkan: "Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan
beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu
membacakan padanya al-Quran." (Hadis riwayat Bukhari)
Membaca
al-Quran
Disunatkan
memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan kerana ia bulan al-Quran
seperti firman Allah yang bermaksud: "... bulan Ramadan yang padanya
diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi
keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang
benar dengan yang salah." (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Malaikat Jibril sentiasa
bertadarus al-Quran dengan Nabi SAW setiap hari sepanjang Ramadan. Para salaf
mendahulukan bacaan al-Quran daripada ibadah lain. Sebahagian salaf khatam
al-Quran dalam masa tiga hari, sebahagiannya tujuh hari dan 10 hari pada
Ramadan.
Saidina Uthman bin Affan
khatam al-Quran setiap hari pada Ramadan. Imam Zuhri berkata apabila tiba
Ramadan, "Sesungguhnya Ramadan itu bulan membaca al-Quran dan menyediakan
makanan untuk orang berpuasa."
Memberikan
makan kepada orang yang berbuka puasa.
Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud: "Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa,
maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung
sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu." (Hadis riwayat Ahmad,
Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)
Qiamullail
Disunatkan berjaga malam
secara berjemaah pada bulan Ramadan iaitu solat terawih dan waktunya di antara
solat Isyak hinggalah terbitnya fajar. Nabi sangat gemar mendirikan malam pada
bulan Ramadan.
Rasulullah bersabda yang
bermaksud: "Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan
pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang
terdahulu."
(Hadis riwayat Bukhari)
Solat
tarawih
Solat tarawih adalah
solat khusus yang hanya dilakukan pada Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat
dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid. Di
sesetengah tempat, sebelum solat tarawih, diadakan ceramah singkat bagi
menasihati jemaah.
Mengerjakan
umrah
Perkara disunatkan pada
Ramadan adalah mengerjakan umrah berdasarkan sabda Baginda SAW yang bermaksud:
"Umrah pada Ramadan (pahalanya) sama dengan (pahala) mengerjakan haji atau
mengerjakan haji bersamaku." (Hadis riwayat Bukhari)
Zakat
fitrah
Zakat fitrah dikeluarkan
khusus pada Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya solat sunat hari
raya. Setiap Individu Muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat fitrah.
Nilai zakat fitrah adalah satu gantang makanan ruji atau setara dengan 2.7
kilogram beras.
No comments:
Post a Comment